Monday, October 25, 2010

Kek kahwin 3-tier - kuning lembut


Kek kahwin 'klasik' ini untuk majlis di dewan PJH, Putrajaya. Gaya yang simple dan klasik, menggunakan warna kuning lembut diserikan dengan corak "lace" di bahagian atas kek.

Ina Uzir
25/10/2010

Sunday, October 24, 2010

Hantaran Pink











DIY - Bunga Dulang Stokin

Bahan-bahan:

dawai bunga no 30
dawai bunga no 20
dawai bunga "silver"
pelilit bunga
stokin
inti bunga/manik





Gunakan dawai no 30 untuk tangkai inti bunga


Lilitkan dawai bunga pada botol untuk buat frame kelopak


Stokin disampulkan pada dawai bunga dan diikat kemas dengan dawai no 30.


Ikat/gam inti bunga pada dawai no 20. cantumkan kelopak bunga pada inti bunga


Cantumkan kelopak untuk lapisan luar.


Cantumkan pula bunga2 yang sudah siap menggunakan dawai no 20 dan pelilit hijau agar menjadi jambangan bunga. Ikatkan riben pada hujung dawai.

DIY - Kotak Hantaran

Bahan-bahan:


Kotak


Beads (tak tau lak nama btol utk item ni)

Gamkan "beads" keliling window


Masa menyiapkan kotak ni.. 1 jam sahaja (x sampai kot)

Kos untuk menyediakan kotak:

Kotak RM63 (7 kotak@ RM9/ea)
Beads RM9 (@RM1.80/mtr.. sy guna 5 mtr)

Total RM72

Kos per kotak ~ RM10.30

Ina Uzir
24/10/2010

DIY - Alas Dulang

Bahan- bahan yang diperlukan:



Kain Satin

Renda


Bunga Kristal

Anda boleh pilih sama ada hendak beli kain satin ela ataupun beli alas dulang plain yang sudah dijahit tepi. Kat sini saya beli je alas dulang plain yang sudah siap jahit tepi.

Kemudian saya hanya jahit tangan renda putih di keliling kai alas dulang tadi supaya senang nak cabut kalau nak guna design lain untuk hantaran lain :D (blh recycle kelak). Kalau nak guna mesin pun boleh.. lagi cepat kerja.. Ataupun boleh guna gam UHU.


Selepas siap jahit renda, gosok dulu alas dulang. Siap digosok, gamkan bunga kristal kecil secara rawak di atas alas dulang.

Oleh kerana saya jahit tangan je (jahit sembat) ambil 2 hari nak siapkan alas dulang ni.

Taraaaa.. dah siap

Kos

Alas dulang:
Kain satin RM18.05 (2set@12.90 each set ada 5 keping.... kos sebenar utk 7 keping 18.05)
renda RM32.50 (13mtr@2.50 per mtr cukup utk lilit keliling 7 keping alas dulang)
bunga kristal kecil RM3.60 ( @0.90 each packet)

total RM54.15

1 keping alas dulang @ RM7.75each

Lain pilihan:

Kalau nak kurangkan lagi bajet untuk alas dulang ni,
1. beli kain satin ela, potong sendiri dan kemudian hantar utk jahit tepi
2. beli renda yang lebih simple, harga yang kurang dari RM2.00

Ina Uzir
24/04/2010

Cupcake Tower


The Tower


The Cupcake


"Cupcake Tower" alternatif terbaik jika nak jadikan kek dan cupcake sebagai kek kahwin. Tak payah berbelah bagi sama ada hendak pilih kek besar atau cupcake sebagai kek kahwin.. you all boleh pilih dua2 sekali.... Bak kata makcik kat astro tu... "Macam-macam adaaaaa..."

Ina Uzir
24/10/2010

Kek Kahwin


Kali ni kek 3 tier lak.. tema baby blue vs pink.. sweet n simple.. bunga taktau lah nama apa.. tp bukan ros.. Mcm orkidlah kot :D

Ina Uzir
24/10/2010

Kek Kahwin 2 tier







Kek kahwin 2 tingkat boleh pilih sama ada hendak pakai tiang atau "stack". Warna bunga dan warna krim pada kek boleh pilih ikut tema. Kombinasi warna tidak terhad. Jika anda pengantin yang "daring" boleh cuba pelbagai kombinasi menggunakan warna luar biasa seperti kombinasi biru, merah dan kuning, atau merah, kuning dan pink.. Semuanya mengikut pilihan anda :) Pada saya, warna "rojak" ini ada daya tarikannya tersendiri. Kalau diusulkan pada saya kombinasi warna luar biasa pada saya 2-3 tahun yang lepas, mungkin saya akan ragu-ragu untuk membuatnya. Sebab? Secara logik, macam tak kenakan.. cuba bayangkan you all pakai baju merah dengan skirt kuning. Macam pelikkan.. Tapi bila di letakkan di atas kek, pada sayalah, xde lah nampak pelik..



Ina Uzir
24/10/2010

Fancy cookies

Fancy Cookies @ biskut gula kini semakin menjadi trend untuk hantaran/doorgift di majlis-majlis perkahwinan/pertunangan. Satu kelainan kan.. asyik2 cupcake jek.. tukar selera la pulak dengan cookies.. cookies yang biasa saya buat, sama ada almond cookies (vanilla) atau chocolate almond cookies. Cookies ni dimakan begitu saja.. rasanya manis-manis buah.. so bila ditambahkan dengan royal icing/fondan diatasnya, just nice manisnya. Yang pasti, ia menjanjikan satu kelainan di majlis berbahagia anda!


Fancy cookies dengan tema gold..


Warna boleh pilih ikut tema anda... nak design lain selain dr bunga pon boleh... bentuk hati ke.. bentuk bear.. just beritau kay..

Ina Uzir
24/10/2010

Kek Hantaran Fondn Biru

Lagi satu projek kek hantaran yang lama terperam. Ini last projek sebelum puasa.. punyalah lama tu..

Ina Uzir
24/10/2010

Cupcake Hantaran

Cupcake Hantaran serba hijau diserikan dengan seekor rerama... Hmm.. perasa dah x ingat.. choc moist kot.. gambar ni dh agak lama terperam.. Saiz cupcake seperti biasa.. saiz S. Blh refer dkt link Saiz Cupcake untuk ukurannya ya..


Cupcake hantaran "rose bud" merah tempahan kastemer dr Sg. Buloh..


Ina Uzir
Sun, 24/10/2010