Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

DIY - Bunga Dulang Stokin

Bahan-bahan:

dawai bunga no 30
dawai bunga no 20
dawai bunga "silver"
pelilit bunga
stokin
inti bunga/manik





Gunakan dawai no 30 untuk tangkai inti bunga


Lilitkan dawai bunga pada botol untuk buat frame kelopak


Stokin disampulkan pada dawai bunga dan diikat kemas dengan dawai no 30.


Ikat/gam inti bunga pada dawai no 20. cantumkan kelopak bunga pada inti bunga


Cantumkan kelopak untuk lapisan luar.


Cantumkan pula bunga2 yang sudah siap menggunakan dawai no 20 dan pelilit hijau agar menjadi jambangan bunga. Ikatkan riben pada hujung dawai.

DIY - Kotak Hantaran

Bahan-bahan:


Kotak


Beads (tak tau lak nama btol utk item ni)

Gamkan "beads" keliling window


Masa menyiapkan kotak ni.. 1 jam sahaja (x sampai kot)

Kos untuk menyediakan kotak:

Kotak RM63 (7 kotak@ RM9/ea)
Beads RM9 (@RM1.80/mtr.. sy guna 5 mtr)

Total RM72

Kos per kotak ~ RM10.30

Ina Uzir
24/10/2010

DIY - Alas Dulang

Bahan- bahan yang diperlukan:



Kain Satin

Renda


Bunga Kristal

Anda boleh pilih sama ada hendak beli kain satin ela ataupun beli alas dulang plain yang sudah dijahit tepi. Kat sini saya beli je alas dulang plain yang sudah siap jahit tepi.

Kemudian saya hanya jahit tangan renda putih di keliling kai alas dulang tadi supaya senang nak cabut kalau nak guna design lain untuk hantaran lain :D (blh recycle kelak). Kalau nak guna mesin pun boleh.. lagi cepat kerja.. Ataupun boleh guna gam UHU.


Selepas siap jahit renda, gosok dulu alas dulang. Siap digosok, gamkan bunga kristal kecil secara rawak di atas alas dulang.

Oleh kerana saya jahit tangan je (jahit sembat) ambil 2 hari nak siapkan alas dulang ni.

Taraaaa.. dah siap

Kos

Alas dulang:
Kain satin RM18.05 (2set@12.90 each set ada 5 keping.... kos sebenar utk 7 keping 18.05)
renda RM32.50 (13mtr@2.50 per mtr cukup utk lilit keliling 7 keping alas dulang)
bunga kristal kecil RM3.60 ( @0.90 each packet)

total RM54.15

1 keping alas dulang @ RM7.75each

Lain pilihan:

Kalau nak kurangkan lagi bajet untuk alas dulang ni,
1. beli kain satin ela, potong sendiri dan kemudian hantar utk jahit tepi
2. beli renda yang lebih simple, harga yang kurang dari RM2.00

Ina Uzir
24/04/2010