Showing posts with label Pulut. Show all posts
Showing posts with label Pulut. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Kek & Pulut Hantaran



Kek Cokelat dengan pulut berhias untuk diisi atas dulang hantaran.

Thursday, February 12, 2015

Pulut & Rendang & Mr Lego




Dah lama rasanya tak buat pulut ni. So, jadilah hiasa gitu-gitu je kan :) . Pulut dimakan bersama rendang ayam sekilo. Pasti menjilat jari. Boleh tengok Mr Lego senyum senget je kat pulut tu.. hehehehe.....

Wednesday, December 11, 2013

Pulut VS Kek Kahwin

Kali ni tempahan dari Fitah, salah seorang antara kastemer saya di awal-awal saya melibatkan diri dalam bidang "baking". Pulut dan kek kahwin 2 tingkat untuk majlis jirannya. Katanya, maknya beria-ia suggestkan saya kat jirannya tu. Alhamdulillah. Terima kasih makcik dan Fitah. 1st time jumpa dulu pun dah mesra amat. Berbunga-bunga di dalam hati bila makcik ingat lagi kat saya, walaupun dah lama tak jumpa.

Sebelum menyediakan keknya, kena sediakan bunganya dulu. Mencabar jugalah, sebab minggu tu hujan jer. Bunga lambat sikit nak kering memandangkan cuaca yang lembap. Tapi Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugalah menyiapkannya.



Pulut yang ditempah khas untuk malam berinai katanya. Tema warna merah. Request pulut bentuk segiempat.


Kek kahwinnya pula bertemakan turquoise dan pink. Nak bunga meleret, bentuk bulat. Dalamnya saya buatkan kek kegemaran ramai, kek cokelat lembap.


Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin. Dan terima kasih tak terhingga untuk Fitah dan maknya.

Friday, February 15, 2013

Pulut Kuning vs Rainbow Cake MU

Pulut Kuning & Kek MU untuk surprise birthday celebration dari Ika untuk suaminya.




Monday, January 28, 2013

Simple Kek Hantaran + Pulut Hantaran

Kek hantaran design simple & Pulut Kuning beserta rendang tempahan dari kazen untuk majlis pertunangan anaknya pada awal Januari lepas.




 

Monday, December 31, 2012

Pulut Kuning untuk sambutan Anniversary Ibu Bapa


Pulut kuning bukan sahaja sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran, tetapi juga boleh dijadikan sebagai penyeri majlis harjadi/majlis ulangtahun perkahwinan, malah sesuai juga dijadikan sebagai ganti untuk upacara memotong kek bagi mereka yang gemarkan kelainan. 

Kali ini, pulut kuning ini dibuat untuk meraikan majlis ulang tahun perkahwinan ibu/bapa Amilia. "Surprise" untuk kedua ibu bapanya. Terima kasih Amilia.

Tuesday, March 8, 2011

Pulut Kuning


Pulut kuning bertingkat sebagai pengganti kek kahwin. Warna biru firus sebagai tema di hari bahagia. Tempahan dari kastemer - Jalan Laxamana, Maluri... Selamat Pengantin Baru.