Monday, December 31, 2012

Kek Hantaran & Kahwin Garden/English Theme

Kek hantaran dan kahwin bertemakan English/Garden Wedding menggunakan warna-warna pastel. Kek penutup tahun 2012. Terima kasih Nur Matusha.




Corporate Gift



Sekali lagi Eina's Creations diberi kepercayaan untuk menyediakan corporate gift untuk Kaspersky.  6 design dengan 6 perisa. Terima kasih Retna atas sokongan dan kepercayaan anda.

Pulut Kuning untuk sambutan Anniversary Ibu Bapa


Pulut kuning bukan sahaja sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran, tetapi juga boleh dijadikan sebagai penyeri majlis harjadi/majlis ulangtahun perkahwinan, malah sesuai juga dijadikan sebagai ganti untuk upacara memotong kek bagi mereka yang gemarkan kelainan. 

Kali ini, pulut kuning ini dibuat untuk meraikan majlis ulang tahun perkahwinan ibu/bapa Amilia. "Surprise" untuk kedua ibu bapanya. Terima kasih Amilia.

Promosi November & Disember 2012


Salam semua,

Sempena cuti sekolah November & Disember kami mengadakan PROMISI CUPCAKE BAJET : Dapatkan CUPCAKE BAJET pada harga RM0.80/setiap satu (harga asal RM1.00) untuk tempahan minima 500 & RM0.70/setiap satu untuk tempahan minima 1000. Ada 3 perasa: vanilla/coklat/oren. Tawaran sah untuk mereka melangsungkan majlis pada bulan NOVEMBER & DISEMBER 2012 sahaja.

Terima kasih.

Promosi lagi

Salam.

Bagi mereka yang menempah kek buttercream, 3 tingkat bersaiz 7", 10", 13" (RM350) anda akan dapat PERCUMA 25 simple deco buttercream cupcake (saiz M). Tawaran sah untuk majlis November & Disember 2012.


Monday, December 17, 2012

Kek Kahwin 3 tingkat

Kek kahwin 3 tingkat. Tema peach & oren ditempah oleh Arefiza, dalamnya kek chocolate moist dan vanilla. 

Sementara kek tema hijau & pink, ditempah oleh Eila untuk majlis perkahwinan adiknya. Dalamnya kek chocolate moist, vanilla dan blueberry.

Terima kasih pada Arefieza & Eila.

 




Cupcake tempahan dari Nikkie (Lam Soon) sempena event ‘ ANTABAX SENSITIVE KEPADA MASYARAKAT’. Terima kasih Nikki untuk tempahan. Dan terima kasih Retna kerana "recommend".

 


3D Cupcake

Kejutan untuk suami. So sweet :). Tempahan dari Ismarina. Terima kasih.

 


Sunday, December 16, 2012

Mini Pavlova

Mini Pavlova:

1 kotak = 16 biji = RM35.00
Pick up point: Tesco Bukit Puchong - min 1 kotak
Free Delivery: Puchong Perdana/Bukit Puchong/Puchong Utama/Cyberjaya/Putrajaya/Taman Equine - min 2 kotak





Walnut Carrot Cupcake vs Red Velvet

Carrot Walnut Cupcake with cream cheese topping



Red Velvet with cream cheese topping



Sama tapi tak serupa...